BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Photobucket

Pok Pek Dengan GSK

Jumaat, September 18, 2009

esok hari raya!


dam dam dum.. bunyi mercun... eh.. boleh ke main mercun ni? bobo ni selamber je seludup mercun daripada sempadan. dia kata dah takleh tahan lagi. nak gak main mercun walaupun bulu-bulu bobo pernah terbakar disebabkan terkena sumbu mercun. mujurlah bukan pada bulu-bulu mukanya. kalo tak... tak hensem bobo nanti. kompem bobo pink tak mo kat dia.

esok hari raya!

bobo dah claim duit raya daripada setiap ahli GSK. bobo cakap.. semua orang kena bagi dia duit raya. tapi dia tak mo duit lima posen nanti akan dicop bobo lima posen, ala2 aisah lima posen. bobo tak mo pakai baju merah macam aisah... jadi dia mintak up skit... singgit je dia mintak. tu minimum katanya... bukan cadmium ataupun air minum.

bobo pink sibuk menganyam ketupat. tu pun dah terbelit2 tangan dia dengan daun kelapa. bobo pink masih ingat nasihat neneknya, perempuan kena pandai anyam ketupat, kalo tak nanti lepas mati perempuan kena hukuman junjung bantal busuk suami masing2. bobo pink takut sangat... dan dia pun tak lalu nak bawak bantal busuk bobo yang ada macam2 peta dunia kat situ.

yeyeye.... esok hari raya! bobo dan bobo pink, serta semua warga GSK mengucapkan selamat hari raya pada semua...

esok hari raya! esok hari raya!

Khamis, September 03, 2009

bobo tertinggal...

arini bobo tak mo cakap. jenuh nak buat dia cakap.. dia tak mo cakap2 gak. entahlah.. mungkin pasal dia tengok gambar2 ni kot?




Justify Fullalamak... bobo dah majok... hmm..... sebenarnya GSK buat pertemuan kat rumah aimi aritu, saje buat mini gath. yang datang macan dan keluarga, aus, tepon, pandot, opah rappers.. dan tuan rumah ialah aimi pada tarikh 11/7/2009 yang lalu.

alah bobo sayang.. namo ler majok lagi... nanti kiter janji belikan bobo eskrem pop pastu temankan bobo poco-poco kat tasik cempaka tu ek?

aiseh.. majok lagi bobo ni...

Ahad, Ogos 30, 2009

sambut merdeka!



merdeka!!! merdeka!!! tepat pukul 12:00 malam... dah bermula tarikh 31 ogos 2009. bobo sedang mengibarkan jalur gemilang dalam bilik bersama dengan bobo pink. tetapi sambil2 dia merdeka tu.. dia nanges gak.. sbb kena tinggal sorang2 kat kajang. haip! dah2 tak mo nanges lagi.

bobo cadangnya nak pergi tengok perarakan macam biasa. tapi bobo pink tak bagi. dia risau nanti bobo menari poco-poco dan berguling-guling atas jalanraya sambil menonton perarakan dan jugak perbarisan kawad daripada wakil pertubuhan dan jugak tentera.

eh? mana bendera? bobo marah rupanya ada orang curi bendera dia kibar kat depan rumah. ish.. saper curi bendera tu agaknyer ye? penat bobo kumpul duit nak beli bendera.

dan bersempena dengan hari kebangsaan ni... bobo mintak blog GSK. bertukar wajah. kali ni tema kaler oren.. sama dengan warna logo rasmi GSK.

jom.. sama2.. sambut.. merdeka.. merdeka!!!!

tanggal.... seluar dan baju.. eh.. silap! sorry2.. tanggal tiga puluh satu... bulan lapan.. lima puluh tujuh... lalala~

Rabu, Ogos 26, 2009

Logo Idaman Hati - keputusannya

oppp... oppp... choopppp!!!!

adoi... baru teringat sesuatu. sempena bulan pose yang penuh berkat ni, bobo ada bagitau tadi. dia ingin mengucapkan salam ramadhan buat pengunjung blog GSK dari serata dunia. dia cakap jangan pose kelawar... tengahari dah seluk seluar.. eh..??? lucas plak bobo... hambik ko! ha.. lebam pale... padan muka dia.

bobo pink bagitau... undian logo idaman hati telah ditutup. dan keputusannya... berikut adalah logo rasmi GSK..

jeng jeng jeng.....
amacam? lawa tak? kalo tak lawa.. salahkan GSK dan pengundi hantu yang lain sbb dia orang pakat2 mengundi logo ini...

okies... sekian saja daripada bobo, bobo pink. salam ramadhan buat semua!!!!

Rabu, Ogos 19, 2009

berjoget bersama lagu tema baru, saykoji - online



wah! GSK ada lagu tema baru? ya..... nak tau pe? jap2... tengah tunggu bobo. ye bobo? oh.. bobo baru je bisikkan tadi... GSK sudah ada lagu tema kedua, yang dinyanyikan oleh penyanyi rap indonesia, saykoji bertajuk online.

bobo cakap lagu ni sesuai untuk dijadikan tema GSK kerana GSK bertemu, melalak, berkaraoke semuanya dalam online. seperti mana bobo yang suka menari-nari dan bejoget bersama dengan bininya, bobo pink pun dalam online.

jadi bersama-samalah dengan GSK berjoget dan berkaraoke riang dengan lagu tema terbaru kami, online. tetapi disebabkan ia ditulis dalam lirik bahasa indonesia, GSK telah mengimport penterjemah yang tidak asing lagi, macan yang melanun dengan burung merpati (sparrow) di mana ia merupakan jawa yang diseludup ke tanah melayu untuk melanun di pesisir pantai selat melaka.

opsss!!!! tidak lupa juga kepada opah rappers yang handal menggabungkan tarian poco-poco dengan safel rappersnya untuk menari-nari menyanyikan lagu2 tema kami.. dan diharapkan lagu2 tema yang rancak ini mampu menguruskan gadis2 dalam geng seluar ketat supaya mampu memakai seluar ketat patam.

jom bobo! online.. online...

Selasa, Ogos 18, 2009

mafia susu sedunia

mafia yang lebih hebat daripada samseng kampung dusun sarip dol

adoi.. lama dah tak menjenguk blog. nak tahu kenapa? ni semata2 sbb nak handle kes bobo. bobo mengadu yang dia diugut oleh mafia susu sedunia. mula2 rasa macam tak percaya plak.. tapi biler tengok pic ni... rasa terkejut! mmg ganas mafia susu sedunia ni! dengan tidak berbaju dan hanya bernapkin... posing ala-ala mafia godfather dan menggunakan senjata pistol tangan! iaitu aplikasi daripada jurus kelapan kung fu mafia berserta dengan ilmu kebatinan yang dituntut di kampung seberang laut.

bobo bagitau lagi... sebenarnya mafia ini boleh bertukar2 gaya dan rupa. sekali lagi aku mengetuk kepala bobo kerana suka mengarut. akhirnya terbukti kata2 bobo itu semua benar belaka setelah dia menunjukkan gambar-gambar berikut:



mafia menggayakan aksi menghisap jari (rokok yang dihalimunankan supaya tidak terkantoi oleh ibunya kerana menghisap rokok di bawah umur)




berubah menjadi gadis ayu penari poco-poco dengan pakaian ala cheongsam

pergh...! mafia nih mmg ganas dan mempunyai ilmu yang sangat tinggi! patutlah dia ditakuti oleh samseng-samseng sedunia. samseng kampung dusun sarip dol pun kalah dgn dia. pelbagai hikmat mempertahankan diri, menyamar, dan jugak pandai ilmu selok-belok berlakon supaya dia boleh berubah menjadi orang lain, ala-ala dalam citer mission impossible. tetapi bagi mafia susu sedunia.. tiada yang mustahil!

alamak... tolong wei!! tolong bobo jejaki siapakah dia mafia susu sedunia ni? dah takot sangat bobo ni. kadang2 dgn bobo pink bini dia pun dia takot.. kalau2 tu bukan bini dia.. tapi mafia susu sedunia yang menyamar...

plzz.... tolong bobo ek? sila letakkan komen ada dalam bahagian ulasan.. seperti biasa. alamak.. kena pergi dulu.. nanti mafia susu sedunia tahu plak misi bobo mencari identiti dia.

chow!


Ahad, Julai 12, 2009

model iklan susu



minumlah susu supaya sihat dan kuat!



tengok.. semakin kuat! rambut pun lebat!

wah!!!! bobo ternganga mulutnya apabila melihat model iklan susu ini. daripada botak tak berambut, kesan daripada minum susu formula yang dicipta oleh doktor pakar susu sedunia yang duduk di afrika selatan, adik beradik dgn bandar tasik selatan berjaya menumbuhkan rambut kepada model ini.

lihat saja gambar kedua! model tersebut berjaya menjadi seorang yang gagah perkasa. tangannya digenggam untuk menyaingi hero berambut ala2 padayappa dan jugak menyaingi seorang lagi yang bukan padayappa. susu yang diminum mempunyai pelbagai zat termasuk zat besi menyebabkan penumbuknya berat ibarat besi, yang mampu melemahkan robot besi terminator.

bobo menepuk tangan dengan kuat sekali. bobo bertanya pada model tu... "mana nak dapat susu tu ek?"

jawab model tersebut... "biarlah rahsia"

bobo menggaru-garu bulunya yang tidak gatal. kepalanya diketuk oleh bobo pink yang menyampah tengok perangai bobo yang tak paham2.

"itu maksudnya siti nurhaliza." kata bobo pink yang bijak sikit dari bobo. yelah, bobo sekolah sampai darjah dua je. bobo pink sekolah sampai darjah dua sepuluh hari, jadi dia bijak 10 hari dari bobo.

kemudian bobo pun bertanya lagi... "apa kaitan siti nurhaliza dengan susu tu?" sekali lagi bobo pink memukul kepala bobo.

"maaflah model... dia nih sekolah tak abes." bobo pink ketawa. model tersebut terus meninggalkan bobo dan bobo pink kerana ada shooting untuk iklan susu yang bakal ditayangkan di negara uganda pula. kali ini dia mengatakan susu tersebut boleh memutihkan kulit yang gelap menjadi putih gebu dan halus mulus.... dengan menyanyi lagu ghazal untuk rabiah, "yang halus yang mulus.... yang lurus yang kudus..."

"aaaaa...." yang sumbang tu suara bobo jadi back up singer.

saper model tu ek??

tolong bobo yer...... dia nak jadi model iklan susu gak...

Jumaat, Julai 10, 2009

bukan padayappa!



amaran! ini bukan padayappa!

bobo mengetuk kepalanya dengan sudu kerana pening kepala melihat gelagat yang sedang meniarap ni. mulutnya cuma sebut. "padayappa... padayappa". bobo ingatkan dia nak tengok filem padayappa. bobo pun mencilok basikal jiran sebelah untuk pergi ke pekan mencari dvd padayappa. apabila bobo balik rumah, bobo pun pasangkan dvd padayappa untuk dia. dia terus marah... "ahhh...heeee.... padayappa" sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

bobo tanya dgn bobo pink, "ni dvd padayappa kan?" dan bobo pink pun cakap, "dia tak paham kot.. sbb translatenyer orang putih. cuba cari yang translate bahasa jerman. sbb dia keturunan orang jerman."

sekali lagi bobo mencilok basikal jiran sebelah tetapi anak jiran itu nampak perbuatan bobo dan membaling batu ke kepala bobo. luka berdarah! bobo cepat2 mencari dvd padayappa dengan terjemahan bahasa jerman.

setibanya di rumah... bobo pasang dvd padayappa dengan terjemahan bahasa jerman. masalahnya, yang meniarap ni terus menjerit dan menggeleng2kan kepalanya.. "padayappa.... haaaa..... hoooo...." bobo semakin takot melihat rupa bengisnya itu. matanya dibulatkan dan nampak macam mahu menelan bobo.

kemudian bobo pun tanya elok2... dan dia masih menjawab... "padayappa.... " dan menggeleng-gelengkan kepalanya. bobo pun telepon penyanyi kumpulan kashmir stone dan mengadu hal yang terjadi. penyanyi yang popular lagu rozana dan jugak kawan baek maniam di funker.fm hanya ketawa melihat bobo.

"dia mau kasitau dia bukan padayappa lah! itu padayappa maksud superstar jugak! dia bukan superstar lah!"

oooooo..... baru bobo paham.... bobo play lagu bukan superstar - project pop. dan akhirnya dia menari-nari girang...

siapa sebenarnya dia ek? berketurunan jerman, berantaikan emas adik-beradik dgn samseng kampung pisang sarip dol, dan suka sangat menjerit.. "padayappa!' sambil menggeleng-gelengkan kepalanya..

tolonglah..

bagi jawapan ek? pening pale bobo nih nak play mp3 banyak kali lagu bukan superstar.....


Khamis, Julai 09, 2009

misteri maharani kecil



bak seposen!

akulah yang bernama maharani!

tunduk semua.... tunduk cepat! ha.. siapakah ini? maharani semasa kecil tetapi masa besar sedikit sudah pandai menari sambil meminta seposen. dengan rantai yang panjang itu menunjukkan darjah kebesaran sang maharani kecil sambil kaki dilipatkan dengan lutut di hadapan menandakan sesiapa yang melanggar arahan akan ditendang ala-ala muay thai siam.

rambutnya terpacak di hadapan menandakan beliau ada keturunan mohawk, iaitu red indian di amerika syarikat. ini terserlah melalui mata sepet dan senyum senget maharani kecil ini. kerusi khas diperbuat daripada kulit pokok mangga rumah sebelah dijadikan tempat bersemayam sang maharani kecil.

apabila meningkat usia, maharani pergi mengembara ke dunia luar dan menyamar menjadi penari seposen. walaupun korang memberinya seratus ringgit sekalipun, beliau tetap meminta seposen pula. kerana dia sudah terbiasa memberi arahan selaku maharani semasa kecil, beliau menganggap orang yang membayar lebih daripada seposen sebagai tidak mendengar arahan dan mendenda mereka untuk menari bersama-sama sambil menjerit "seposenlah! seposenlah!" dan mengepak-ngepakkan tangan seperti ayam sedang berlari riang.

bobo juga sudah didenda oleh maharani kecil yang menyamar sebagai penari seposen, kerana bobo menghulurkan duit lima posen. bobo sudah tertukar watak maharani kecil dengan aisah lima posen yang glamor di astro ria sewaktu ketika dulu. ini menyebabkan bobo menjadi fobia dengan syiling seposen dan lima posen. tetapi syiling dua posen tetap dikumpulnya, kata bobo boleh dijadikan mas kawen untuk isteri kedua.

siapakah maharani kecil yang menyamar sambil menari-nari tarian seposen nih?

tolong ek? tolong bobo cari identiti saper ni?? dia dah penat mengira sambil menari tarian seposen ni... tak lalu katanya...


Rabu, Julai 08, 2009

anak orang lagi satu



eh????



hmmmm....



ooOOooooo



waaa........

ha.. dah2 bobo. ada je akal nak membulatkan mata. eh.. ni anak orang. bukan anak spesis ko bobo... dah2... aku repot kat bini ko, bobo pink baru tau.

ini lagi satu anak orang yang menyerupai anak patung sehinggakan bobo kompius melihatnya. ingin dibuat sebagai anak sedara, tak pun anak tiri bagus gak... tapi apakan daya.. bukan sejenis dgn dia.

ada jugak arca pokok kelapa, bak komen tanpa nama pada post sebelum ni. pernah berkhidmat sebagai askar tambahan yang menyerang dan berperang dengan kanak-kanak pencuri anak patung. disebabkan muka dia ala2 anak patung, orang akan kompius sama ada dia anak patung ataupun anak orang. jadi dia boleh menyusun strategi menyerang dan merampas anak-anak patung yang diseludup daripada rumah-rumah orang kenduri kawen, iaitu ketika mana tuan rumah sibuk mengira duit2 sedekah dari tetamu.

anak ni jugak pernah cuba2 nak masuk oh la la... tapi tak menepati syarat sbb dia lagi suka makan eskrim daripada menari dan menyanyi di atas pentas bersama dengan abang akinya yang menyediakan bulu-bulu ekstra untuk dibuat kostum.

anak siapa ni ek??

dah dah bobo! jangan usha lama2...

sila isikan komen anda di bahagian ulasan, bukannya dengan makan buah pulasan, k? sbb bobo tak mampu menikmati pulasan.

Khamis, Julai 02, 2009

hero berambut ala padayappa!



ah sudah! misteri anak tadi tak tau siapa... datang pula hero berambut ala-ala padayappa. tangannya menggenggam seolah ingin menumbuk perut muncit bobo.

bobo terus kecut perut dan menyorok di belakang bininya, bobo pink. dengan gagah hero ini berjalan ke arah bobo dan bercakap..

"eee... aaaa.... uuuh uuhhh... eee..."

gertak suaranya cukup menakutkan bobo. tambahan rantainya itu merupakan emas tulen bercopkan gengster kampung tempoyak yang sangat terkenal.

saperkah hero ini?

bobo tanya banyak kali...

saper2 dapat tahu tolong post kat bahagian ulasan atas entry ni ek? kalo tak tau tanya kat shoutmix tu... sbb bobo tak pandai baca blog. dia baca ulasan je.. sbb dia ingatkan macam buah pulasan.. sedap dipulas dan dimakan...

Rabu, Julai 01, 2009

anak saper ni????



uik???

"anak saper ni?" tanya bobo sambil menggaru2 idongnya. pening pale nak pk ni....

anak saper ni ek?

yerlah.. tau... mmg anak orang/manusia. takkan anak bobo plak. bini bobo pun dah ilang ke mana entah.... aritu nampak gak bulu2 pink berguguran di taman. agaknyer yuda dah jual bulu2 tu.. duitnya buat sedekah orang miskin kot.

anak saper ni ek?? dia tak pakai suar ketat... sbb tak nampak suarnya tu. tapi dia pakai baju ketat plak... adoi....

leh saper2 tolong jawab tak?

ish... korang cakap kat sana mana leh dengar.... taiplah! taip kat bahagian ulasan ni. ulasan tu pe? adoi... omputihnyer kata 'comment'. letak kat atas tuu!!!!!

ish ish.. anak saper ni... haip! bobo jangan ko nak ngorat. nanti bini ko marah plak. dia tumbuh bulu warna ijo baru tau...! jadi hulk je terus...

Ahad, Jun 28, 2009

Logo Idaman Hati

aiseh! dah lama bergeng tapi takde logo rasmi lagi??

bobo sudah penat menari-nari keliling padang sebelum warm-up untuk menemani macan melanun... tetapi hampa kerana baju t-shirt yang ditempahnyer dari seberang laut tidak ada logo GSK.

macam mana nih???

bobo dah merajuk nih???

takper2... ni talipon telah pun menghantar surat telegram kerana talipon awam yang selalu disandangnya hilang setelah dicuri oleh kanak-kanak yang sukakan duit syiling. sambil2 mencuri... mereka menyanyikan "lagu 3 kupang". talipon mengejar dan mengatakan duit syiling dalamnya bukan 3 kupang, tetapi kanak-kanak tersebut tetap berdegil dan merampasnya dari talipon.

berikut adalah gambar yang sempat ditampal dalam kertas, kemudiannya dihantar melalui telegram kepada admin blog. admin terpaksalah scan gambar2 itu menggunakan teropong buluh yang dijamin kualitinya.

(a)




(b)

(c)



(d)


(e)



(f)






Logo yang paling sesuai untuk GSK:
a
b
c
d
e
f
grey ugg boots

Jumaat, Jun 19, 2009

antara beberapa darjat..





inilah 3 lapis darjat dalam geng seluar ketat, bukan tiga garis atau tiga line, tetapi tiga darjat dalam seluar ketat patam yang hensem, memikat hati sesiapa yang melihatnya. berikut adalah jajahan takluk geng seluar ketat....

patam - ipoh
kafin - kuala kangsar
macan - klang
mi kari kaw - manjung

talipon - manjung
bad - alor setar
aiman - kuala kangsar
aus - kuala kangsar

opah rappers - puchong
asziela - shah alam

aimi - shah alam
pandot - teluk intan
buchuk - ipoh

dirra - kuala lumpur

ryuda - taiping

pooh - tanjung malim

oh.. sudah tentulah yang teratas adalah patam yang hensem berseluar ketat dan rambut belah tepi. di sebelah kanannya ialah macan sparrow yang melanun menggunakan burung sparrow, moon dan bobo yang telah didenda untuk temankan macan melanun. kiri patam pulak ialah kafin kanser yang memakai helmet untuk keselamatan sebelum diketuk oleh patam kerana gagal memberus kasutnya sampai berkilat untuk dipakaikan bersama seluar ketat patam.

darjat ketiga adalah ahli geng seluar ketat yang tidak mendapat cop sirim melepasi tahap keketatan seluar patam. maka, mereka diletakkan menjadi darjat ketiga, kurang daripada orang kanan patam, macan dan orang kiri patam, kafin. darjat ketiga ini diberikan pada ahli lelaki dan ahli perempuan geng seluar ketat.

ahli lelaki ialah mi kari kaw, talipon 85, aiman.haqimy, bad kbd7043 dan ve_end yang dikenali sebagai aus yang tak pernah haus. mereka semua masih tidak dapat memakai seluar ketat patam yang berwarna hitam, disebabkan darjah ketat seluar patam itu hanya patam saja yang boleh memakainya. kurang sikit daripada ketat itu, dipakai oleh macan dan kafin meskipun ada masalah sedikit di bahagian perut buncit masing-masing kerana selalu menari-nari shuffle tanpa meregangkan otot... yang menyebabkan otot perut mengendur dan membuncit.

ahli perempuan juga tidak larat untuk memakai seluar ketat patam kerana risau akan menampilkan susuk tubuh yang comel ala-ala bobo. lagipun aimi risaukan bulu matanya yang cantik melentik akan gugur disebabkan seluar ketat, seketat seluar patam. maka yang lain bersepakat dengan aimi untuk menolak pelawaan patam memakai seluar ketat, dan perempuan semua berada sebaris dalam darjat ketiga, iaitu aimi eyelashes, ryuda ryu, pandot jembu, opah rappers, asziela, dirra honeybie88, pooh dan ahli bongsu kami, buchuk biella.

aus bukan bermaksud dahaga



no ahli: 0016prk

id: ve_end

ini bukan ahli kumpulan ve, jauh sekali adik beradik dgn lah ve yang menyanyi dgn jaclyn victor dalam pertandingan juara lagu untuk ceritera cinta. inilah anak buah patam seluar ketat yang suka dipanggil aus. namun namanya aus itu bukan bermaksud dahagakan air seperti yang disangkakan ramai. aus ini merupakan satu perkataan motivasi berasal daripada sarawak, iaitu 'auk' yang bermaksud 'iya'. jadi aus adalah orang yang mudah mengatakan 'iya' pada sesiapa yang bertanya, walaupun soalan itu berbunyi "kamu datang naik apa?" aus akan terus menjawab "aus..." kemudian baru disambung dengan perkataan lainnya, untuk mengiyakan soalan yang bertanya.

ziela yang bersama dengan aus jugak adalah anak buah patam seluar ketat. gambar ini diambil ketika aus sedang menziarahi bobo yang ditangkap kerana bersalah melarikan diri daripada pegangan patam. sambil2 menziarahi bobo, aus meminta izin supaya bobo mengambil gambarnya bersama dgn ziela. disebabkan bobo melompat dan menari-nari sebelum mengambil gambar, aus tunggu dengan rasa penat sekali, menyebabkan dia senyum senget kerana marahkan bobo mencuri karipap yang digoreng aimi.

itulah kisah aus yang tidak haus dan sentiasa 'auk' saja bila ditanya....

Rabu, Jun 17, 2009

mi kari kaw..... kau? cow??



no ahli: 0015prk

id: mi_kari_kaw


ini adalah ahli terbaru GSK, mi kari kaw. kenapa kaw? sbb mi ni penuh dengan daging lembu.. di mana dalam bahasa inggeris lembu itu dipanggil cow. disebabkan mi tak mau orang buta bahasa inggeris memanggilnya sebagai 'chow' yang bermaksud 'blah', maka dia menggantikannya dengan ejaan 'kaw'. 'kaw' juga adalah ganti kepada perkataan 'kau' di mana mi bermurah hati berkongsi mi karinya bersama dengan kawan-kawannya, yang dia selalu panggil sebagai 'engkau', pendeknyer 'kau'

yang dipegang oleh mi kari kaw itu bukan bobo, tetapi dua orang anaknya yang comel-comel, bernama sarah dan aneesa. menangeslah lagi si bobo, kerana dia ingatkan itu adalah bobo pempuan, calon untuk dirinya. nyata itu adalah manusia... dan bobo kembali kesunyian.

hari-hari mi kari kaw memakan mi kari kerana itu membuatnya gagah perkasa seperti 'cow' dan bermurah hati untuk berkongsi dgn 'kau' tetapi kalo dimintak lebih2.. akan terkena pula penumbuk betoi2 'kaw'.

selamat datang mi kari kaw menjadi warga GSK. dan bobo.. berterusan lagi menanges ni. haip! dah dah.. esok pergi cari bobo lain plak. macam budak2 nak nanges. dan mi kari kaw, kalo buat mi kari, pastikan banyak 'cow' kat dalam.. baru lazat sehingga menjilat jari-jemari..

Isnin, Jun 15, 2009

geng seluar ketat kembali

buat sesaper yang meminati patam dan anak2 buah seluar ketat... 1001 kemaafan ingin dipohon daripada beg sekolah sehinggalah kepada kasut hitam berkilat ala2 rambut patam.... kerana kami semua sedang mengejar bobo yang telah melarikan diri sebelum ditangkap dan dibungkus dengan rapi di pajam... dan sekarang telah kembali kepada tuannya semula.

walaupun bobo telah melakukan rebonding, kami tetap mengejar dan cam muka bobo dan dia pun bertukar sekali lagi ala-ala x-men yang boleh menukar wajah... dan bobo telah pun memblondekan seluruh bulu2nya kerana takut dicukur oleh yuda untuk dijual di tokong. apatah lagi talipon sudah bersedia dengan PSP 2ndhand yang dia beli beserta game2 cetak rampok yang telah didownload secara haram dan dikenakan saman iaitu dia terpaksa memberus bulu2 bobo selama 10 tahun... disebabkan itu talipon bertekad untuk mengejar bobo.

bobo telah jatuh luka berdarah, menyebabkan seluruh bulunya berlumuran darah berwarna pink dan menitik-nitik sehinggalah bobo tiba di rumah aimi menjadikannya bertukar sekali lagi kerana berlumuran darah pink yang tidak dapat dikawal lagi. sayang seribu kali sayang, bobo terlupa bahawa aimi pemegang lesen terbesar kerana ayahnya merupakan seorang polis, dan dia pula dilantik untuk menjadi polis haiwan menangkap bobo-bobo liar... maka akhirnya bobo berjaya digari dan dibungkus semula.... sebelum diposkan ke klang untuk menemani macan sparrow bersama dengan burung2 merpatinya yang ingin bersama-sama melanunkan diri di selat melaka.

itulah alkisah geng seluar ketat yang telah mendiamkan diri kerana mencari bobo yang melompat dan makan dengan girang sekali. penat berubah wajah sehinggalah akhirnya berjaya diberkas dalam keadaan dirinya sudah bertukar menjadi pink dan ditambat di rumah macan sparrow bersama dgn moon yang berwarna blonde.


bobo setelah ditangkap, didapati bersalah kerana bertukar2

wajah dan melarikan diri daripada pegangan patam


moon yang bersedia untuk menggigit bulu bobo sebagai
hukuman sebelum bersama2 melanun di selat melaka
untuk mencari harta karun di dalam tanah di lautan
pentas sunda

Isnin, Januari 12, 2009

PATAM SUDAH KEMBALI....MISTERI YANG DICARI SELAMA INI,,,AKHIRNYA MUNCUL JUA,,,,

nO aHLI:0014prk

id: patam111

SELUAR KETAT TK SOMBONG MACAM BOBO...



SEGALA KERINDUAN AHLI TERHADAP PATAM TELAH TERJAWAB. AKHIRNYA GAMBAR PATAM SAMPAI JUA KE TANGAN BOBO.....DAH DATANG.... BAM BAM BOOMMMM......MALATOPPPPPPP! KATA SI AIMAN. PATAM MEMANG SPORTING. KAMI SELALU KENAKAN PATAM TAPI DIE BUAT MUKA SELAMBER JER CAM BOBO. MMG BEST AR PATAM NI. TK MUDAH MERAJUK. TAK MUDAH TERASA. TAK MUDAH AMIK ATI CKP ORG. SUME DIA ANGGAP CAM ANGIN JER. MAKLUMLA,KETUA YG KAMI PILIH BERDASARKAN KRITERIA YANG ADE PADA RAJA LAWAK MUSIM KE 15.

PATAM PATAM....

DULU PATAM ILANG KERANA PERGI AMIK KAWAN DIA DARI AUSTRALIA. PATAM TUNGGU PUNYA TUNGGU.... RUPA RUPANYA KAWAN PATAM ADALAH BOBO YANG DALAM CERITA BAM BAM BOOM!

AKHIRNYA PATAM BERKATA DI DALAM HATI,

"WA KENA BEB....."

ADAKAH PATAM DI SEBALIK AKUARIUM INI.....JAWAPANNYA ADA DI TANGAN AIMAN.....HAHAHAH......

AIMAN TK KISAH KALU PATAM KASI SELUAR............


NO AHLI :0013prk

ID: aiman.haqimy

AIMAN.... NI LA JEJAKA YG PALING ENSEM...SUKE BERPAKAIAN SERBA ITAM...ANAK MATA ALTER WARNA HAZEL....KERANA DAH TK SANGGUP NAK PANDANG SUAR ITAM PATAM...

AIMAN PANDAI SING...TERUTAMA LAGU SINGER...MENAWAN KELUARGA BAHAGIA.....OK..JGN MARH,,JGN MAJUK,,IKUT PERANGAI SAPE?? IKUT PERANGAI SAPE?? HAHAHAH!

PAHAM TK..WAKAKAA....OK...,AIMAN LOVE UR VOICE...U R DIVA N DRIVER...

Ahad, Januari 11, 2009

kafin The HelMet



No Ahli:0012prk

ID: kafin_kanser09

INI DIA.... JEJAKA HELMET... TELAH BERHIJRAH KE KOTA METROPOLITAN... KAFIN.... HAHAHA.... HELMET NI MMG DIE BAWAK KE MANA SAHAJA... DIA AKAN BERNIAGA DENGAN MENGGUNAKAN HELMET UNTUK MENJAGA KEBERSIHAN GERAINYA....DH LA HENSOME... KAYA LAK TU... DENGAN IMEJ IKUT TREND PATAM.... KOMPOM BYK PEMINAT.. OK KAFIN.. LUCK 4 U...

Sabtu, Januari 10, 2009

Virus bita


Nama: Doraemon
Arti nama: Doraemon berasal dari kata “dora-neko” yang berarti “kucing tersesat”, sementara akhiran -emon merupakan suatu akhiran nama yang umum di Jepang.

Nama (salah satu?) pacar (dengan status hubungan yang terkesan tarik ulur): Mii-chan
Pemilik asli: Sewashi (Nobita’s great-great-grandson dari abad ke 22)
Lahir ke dunia (Diciptakan pertama kali): 1-12-1969
Dibuat oleh: Fujimoto Hiroshi dan Motoo Abiko
Debut: 1970 (kemungkinan dalam bentuk komik yang terpecah-pecah)

Karir di komik: 1974 - 1996 dengan jumlah sirkulasi lebih dari 80 juta komik di seluruh dunia (1992)
Karir di TV (Asahi): 1979 - sekarang
Karir di film: 1980 - sekarang (untuk edisi tahun 2005 ditunda sampai dengan musim semi 2006)
Debut di Indonesia (TV): Juli 1989 (menurut Doraemon-land)*

Makanan kesukaan: Dorayaki
Hal-hal yang dibenci: kedinginan dan TIKUS!!
Lahir (dalam cerita): 2112-9-3 (3 September 2112)
Tempat lahir: Pabrik Robot “Matsushiba”
*Data agak diragukan. Menurut wikipedia: tahun 1991. Tapi sepertinya tahun yang diakui secara resmi di Indonesia (oleh pihak Elex Media Komputindo?) itu tahun 1990!!

Ada yang spesial dari angka 1293 tersebut loh:
Tinggi badan: 129.3 cm
Lingkar badan: 129.3 cm
Berat badan: 129.3 kg (seharusnya tidak mungkin Nobita selamat kalau tertimpa Doraemon :P)
Tinggi loncatan: 129.3 cm (kalau bertemu tikus)
Kecepatan lari (kabur): 129.3km/? (kalau bertemu tikus)

Spesifikasi:
Mata: infra merah, dapat melihat dalam gelap
Hidung: 20x ketajaman hidung manusia (sayang, sering rusak)
Kumis: mempunyai radar yang dapat mendeteksi benda dari jauh (sedang butuh perbaikan…)
Mulut: dengan ukuran mulut sangat besar (wastafel-pun bisa dilahap!), dapat memakan apapun
Bel: berguna untuk memanggil kucing-kucing lain (lagi-lagi sedang rusak!)
Kantong: 4 dimensi dengan kapasitas nyaris tak terbatas, tempat penyimpanan berbagai macam alat
Tangan: mempunyai kemampuan menyedot sehingga benda apapun dapat menempel
Kaki: telapaknya datar, dapat berjalan tanpa suara seperti halnya kucing biasa
Ekor: berfungsi sebagai “tombol” pengaktifan Doraemon

Mic Yang Kami Guna Malam2 Utk Karok....


LETS SING TOGETHER GENG!

Kami Menyanyi Lagi...

Sandarkan Pada Bahu Patam...hahahaha
Kenangan manis kau dan aku tpon song
Takkan terhapus
Duri ranjau dalam bercinta
Lumrah dunia
Sayang menyayang
Cinta dikenang
Perasaan menjadi rindu
Ohhhh... siti pooh song
Lihatlah diriku yang kehilangan
Tanpa kasihmu sayang
Siapalah aku
Sayang menyayang opah n datuk k (kalerw pink..patam stail)
Saling percaya
Punca kasih berpanjangan
Ohhh.... oh...
Mengapa kita harus bersengketa tpon song
Kerana fitnah dan salah sangka siti pooh song
Apa yang telah terjadi pada kenangan tpon song
Sememangnya aku tak pernah melupakan siti pooh song
Mengapa masih ada perasaan benci tpon song
Kerana cinta dan percaya luput dalam perasaan siti pooh song
Marilah kasih opah n datuk k
Kita saling sayang menyayang
Kalaulah ada benci
Kita sandarkan pada kenangan
Ohhhh... siti pooh song
Lihatlah diriku yang kehilangan
Tanpa kasihmu sayang
Siapalah aku
Sayang menyayang opah n datuk k
Saling percaya
Punca kasih berpanjangan
Ohhh.... oh...
Mengapa kita harus bersengketa tpon song
Kerana fitnah dan salah sangka siti pooh song
Apa yang telah terjadi pada kenangan tpon song
Sememangnya aku tak pernah melupakan siti pooh song
Mengapa masih ada perasaan benci tpon song
Kerana cinta dan percaya luput dalam perasaan siti pooh song
Apa yang harus kita lakukan tpon song
Kita sandarkan pada kenangan siti pooh song
Mengapa kita harus bersengketa tpon song
Kerana fitnah dan salah sangka siti pooh song
Apa yang telah terjadi pada kenangan tpon song
Sememangnya aku tak pernah melupakan siti pooh song

Mengapa masih ada perasaan benci tpon song
Kerana cinta dan percaya luput dalam perasaan siti pooh song
Mengapa masih ada perasaan benci tpon song
Kerana cinta dan percaya luput dalam perasaan siti pooh song

Jumaat, Januari 09, 2009

BOYKOT BARANG-BARANG NI....

coca cola.
= JANGAN MINUM KOKA KOLA...JGN SOKONG MEREKA,,,,,,,

huggies
= jangan pakai huggies...pakai jenama tesco or giant...

river island.
= jgn ok

Mcdonalds, clinique ,disney, donna karan, starbucks, gap, garnier, perrrier, kotex, sanex, jo malone, lanome,l ibbys, tchibo,l oreal, marks&spencer, kleenex, maybelline, nestle,vittel, revlon, wonderbra......

PS: jangan menggunakan produk2 di atas kerana mereka menyumbangkan untuk tentera tentera mereka menjahanamkan orang lain....

NI org lambat antar picture.... jangan tipu ye... (petikan dari iklan tv)



No ahli: 0010prk

ID: aimi_eyelashes


aimi ni penjual pengetip bulu mata kasi lentik... part time jer... full time jual helmet kafin n suar patam...



No Ahli: 0011prk

ID: bad_kbd7043



ya... ini die... jejaka ensem dari alor star yg sentiasa cakap alor gajah...tapi nak bagi tau skit ni...bad ni bkn badariah yg pakai elmet kafin..die ni pic yg depan..yang belakang ngah pakai helmet kafin tu...bkn ok......

bad ni yg berkacamata,tersenyum manja kerana baru lepas pasang enjin kapal terbang kat moto skuternya....dia lambat kasi pic kerana die driff dari alor star ker klang semata mata nak kasi picture die kat abg macan......tu la lambat sket,,moto bad ngah nk test msk GP dunia lawan ngan 500cc....

cuma bad x de helmat je masa nk masuk test GP dunia tu bab time tu dia x kenal kafin lg pembekal helmat seluruh kongo n chicago..n masa tu...syarat nak masuk GP kena pakai sluar ketat mcm sluar patam....ms tu bad tk jumpa patam lagi .....bad sedang apply dengan kerajaan malaysia untuk merentasi laut china selatan menggunakan moto skuternya....sama ada dipersetujui atau tidak,....tk pasti lagi....helmet dkt kafin....suar track nak racing kat patam....mesti tk dapat ni bad...tkpe....cba lagi okeh......hahaha........

Nak pergi langkawi tk?dalam perancangan ekonomi ,,

Langkawi.....we like langkawi....eh silap...we like mat rempit....

Dataran Langkawi....sebenarnya masa amik pic ni kat dataran merdeka....skali cuci...trus ade pic helang ni...we like mat rempit...........

Sheraton perdana.. kat cni leh bergambar n bermandi manda.. dressup cam biasa la.. kena ty patam dlu..

langkawi Under water...nak cari pooh, kafin, illa, abg macan, aiman, tipon, ryuda, patam leh tgk kat cni k....


Cabel Car....sape nak cari patam,,,naik cabel ni,,,cabel org dalam,,senang dapat kerja,,wakakaka,,,



berjaya langkawi resort.....berjaya sungguh resort ni...

SAMBIL TGK .....SAMBIL DENGAR LAGU KEGEMARAN PATAM..


SAMBIL DGR SAMBIL TINGAT SUAR PATAM KETAT....RAMBUT SIKAT TPI...PASTU KAFIN PULAK KASI PATAM HELMET SAIZ LEBIH...TU PASAL LA SAMBIL DENGAR...SAMBIL GOYANG KEPALA....KALU PAKAI HELMET KAFIN TK PAYAH RISAU.......KEPALA AUTOMATIK LEH BERGOYANG SENDIRI KERANA HELMET TAK IKAT KETAT CAM SUAR PATAM....HAHAHHAA....JGN MARAH KAFIN

baca Sekejap...........

Pantun 2 Kerat - Jenaka Simpulan Bahasa
Menjala senangin dapat di beting,si kepala angin cepat melenting.
Menyuling air pada senja sepi,si juling air terbawa ke mimpi.
Kepal pulut di dalam piring,gatal mulut kena tempeleng.
Kuini berulat di dalam piring,berani lalat temberang lebih.
Tabuh betingkah di malam gelita,Subuh gajah dapatkah pahala?
Todak seluang betutu pari,si otak udang guru cabut lari.
Sudah bertiti tiada bergalah,buah hati tiada yang salah.
Di tepi kolam menjahit sepatu,si kaki ayam berkulit kematu.
Berbunyi jelatik di rimba sana,pelangi tak cantik dek buta warna.
Petola madu isi di kotak,gila-gila memandu mati katak.
Semilir angin mersik berbisik,puteri lilin asyik bersolek.
Pedada jati semalu kerakap,ada hati malu nak cakap.
Menjerat seladang di tepi hutan,berat tulang tapi kuat makan.
Cerpelai singa harimau landak,si bangkai bernyawa pun tak hendak.
Melata mempelas di depan kota,kerja culas makan gaji buta.

Khamis, Januari 08, 2009

Ahli Geng Seluar Ketat...PatAm....Kaulah SuMber InsPrAsI..

Assalamualaikum dan salam bahagia.....tersebutlah kisah....geng patam suar ketat ditubuh atas dasar menghormati sifu kami yang bernama patam...wajahnya tampan...berseluar ketat...rambut belah tepi......yehaaaa......kita mulakan mukadimah kita bermula dari ahli-ahli yang mempunyai pelbagai identiti seperti:-











NO Ahli:0001prk

id: macan_sparrow


klang mari...
umur rahsia....


suma rahsia....bekerja sebagai pengusaha merpati terbesar di malaysia dan sudan..memiliki beberapa rumah sarang burung layang-layang..meminati sukan tennis....wakil daerah mukim klang....juara bertahan sekitar kapar dan bagan datoh....merancang menubuhkan lagi rumah merpati di sekitar daerah klang kerana percaya potensi sparrow nya dapat menaikkn lagi namanya sebagai macan sparrow....juga memiliki kilang belacan terbesar sekitar daerah meru....kapar...sungai udang.....mengambil stok udang di kawasannya sendiri iaitu sungai udang.....antara jejaka yang paling berjaya dalam geng patam seluar ketat....wakakakka.....beliau merupakan perancang masa depan geng patam suar ketat.....










No Ahli :0002prk

id: buchuk_biella


ipoh mari..

biella buchuk antara pekerja abg macan merangkap penjaga kualiti.....gara gara belacanlah namanya dipetik hasil dari baunya yang tidak enak tetapi goreng pon sodap.....biella....part time jual handfon...cuba tgk pic biella...byk kan tali di lehernya...bukan ape,,,senang nak berususan dengan pembeli,,di samping tu,biella juga mempunyai cc yg bernama hypernet, ianya dipetik dari i penat, kerana penat bekerja dengan syarikat en macan sparrow... biella ni comel n sweet ..muda lagi, kmi anggap die cam adik tiri jer...kerana manje sgt,klu tk manja...anggap adik saudara..wakakaka...ok....mangsa seterusnya....








No Ahli: 0003prk

id:talipon_85

@nas virus...



manjung mali (antara pembuat buah maajong kat perak)






ya...ini die pengusaha talipon dalam geng....hensem sekali....beliau merupakan juara lompat batu yang jarang2 ditemui sukan ini kecuali di manjung sahaja....talipon merupakan penghibur, penjenaka, pelawak dikala kami suma mendendangkan atau membincangkan sesuatu di conference / cf . kelaka juara raja lawak musim ke 3...masa nak pergi audition raja lawak,,beliau tertidor kerana lena mendengar lagu di public phone...so,,tula sebab d
ie tk dapat keudara di siaran astro prima rajak lawak,,,anda kompius...adakah tipon ni yg kiri ker yg kanan???beliau yg sedang mengutip siput di belakang sane...klu nak kepastian,,,talipon number ahli di atas...0003....atau sms...






no Ahli: 0004prk
Id: opah_rappers

kl ...teluk anson...



erm...No comment...(ini adalah sms yg diterima)die suh bubuh camtu....ate....teman ngikot je...jangan jeles..>>>>kamceng ngan editor blog ni...nak tulis ape2 pon tkpe...wakakakka...


ni pic lama ni...mcm amik tahun sebelom merdeka...tapi,,tahun sebelum tu...bill gates dah cipta komputer ker ha?tgk dalam pic tuade moniter flat screen lak...tk tahu la teman...











No. ahli: 0005prk

id: asziela

shah alam@ teluk ansen@teluk intan






Aweks ni...sekampung ngan rappers tu...berkawan kamceng bagaikan kuku dan cekam dari skola lagi...wakakak....pekerjaannya rahsia...umur rahsia...makanan kegemaran rahsia,,,sume rahsia k...nak tahu...sms la no ahli tu..chow...






No Ahli: 0006prk

id: n_ryuda

ryu hidayah... gadis pohon ru



Ryuda merupakan pengusaha baka jenis pokok keladi,,mempunyai 100 ekar ladang keladi pelbagai spesis dari segi corak,warna,akar,pasu dll...kerana terlalu taksub dengan warna seluar patam...maka
warna baju yg dikenakan jga merupakan warna dari sluar patam....sesiapa yang nak mengkeladikan diri...sila sms saya di number ahli...0006...peace.....












No Ahli:ooo7prk

id:aku_pooh09


Tanjung Malim@perak


Pooh dlu merupakan pengusaha patung pooh...kilang pooh kat america dah meletup....so terpaksa la die mengepoohkan diri dengan memakai pakaian ala ala
badan pooh iaitu safety jacket...sape nak bli untuk kegunaan harian sama ada nak ke pejabat, pasar, klcc, selama, manong, kuale kangso, seberang perak, langkawi, kedah, bukit kapar, sila berurusan sendiri dengan pooh key....0007 number keramat james bond...









No Ahli:0008prk


id: dirra_honeybie88

model tudung ikin...


Aweks cun ni,,,merupakan model tudung ikin...masa tudung bu arini dengan tudung mawi...die lom jadi model lagi...tgk wajahnya....seyuman manis bagaikan kopi kacip fatimah flaver coklat...renungan mata mengoda...anak mata itam ...adakah memandang patam?..hahaha...jgn mare dirra...like ur voice...peace kacang peace.....






No ahli :0009prk

id:pandot_jembu

a.k.a panda bermuka badot berwarna merah jambu

perak n sel

Suara semerdu panadol...dialah kaunselor di room perak kerana atas didikan ibu bapanya...die akan menggantikan dato fazilah kamsah...pakar dalam bidang menasihati..mengkritik...berlawak jek

baju pon dah sama dengan suar patam ni...trade mark btl la...memang warna pilihan la,



kepada mereka yg belom memberi pic terkini yg belom masuk majalah nanyang siang paw....sila pm sesama sendiri dan memberi2 ....okehh....banyak lagi member2 yang belum keudara kerana tkde pic...camner i nak promote korang....kat blog ni...just nak happy...dan kenal2...teman pon tk penah lagi bersoreh dengan kawan2 teman sume ni ha....jumpe pon belom...ate...dah ade blog ni...lain kali leh bincang pasal gatering...leh wat t-shirt ker...stiker ker...time g jalan2...ade banner ke....sape sape penaja seperti adidas,nike,satay kajang,leh la sponser kami klu berminat....

aku minta maaf andai ada kata2 ku mengguris perasaan kalian....klu tk tulis merapu nanti...blog ni jadi cam buletin tv 3 lak...so...aku akan update setiap masa n setiap saat...ni kengkawan yang org pertama memberi pic pada aku....bayangkan pic patam suar ketat tu pon tkde lagi....antara mereka yang dah aku detact lom kasi pic....sila pm aku...tkyah la nak sorok sangat pic kerana kita sume ni kan model2 terkenal bertaraf dunia cyber....blog ni untuk mereka yg sporting n hapenning....sape suke menyanyi...sila online malam2 dalam room perak antara jam 8 malam hingga larut malam...

sekian sahaja berita pada ari ini...

wa kena beb!!!!


antara artis yang belom memberi gambar terkini masuk dlm blog:

patam ketua geng suar ketat tarak sombong..


kafin


aiman


bad


aku tk kenal la name2...maaf klu tk de sebut...klu berminat nak joinn...kasi pic n aku akan create kan keperibadian korang mengikut citarasa patam.... pic patam pon lom ade di pasaran...kami saje nak kasi surprize untuk korang...tertanya2... siapakah patam yg dimaksudkan.... tunggu... jejaka macho berkening lebat berseluar ketat....