BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Photobucket

Pok Pek Dengan GSK

Khamis, Julai 09, 2009

misteri maharani kecil



bak seposen!

akulah yang bernama maharani!

tunduk semua.... tunduk cepat! ha.. siapakah ini? maharani semasa kecil tetapi masa besar sedikit sudah pandai menari sambil meminta seposen. dengan rantai yang panjang itu menunjukkan darjah kebesaran sang maharani kecil sambil kaki dilipatkan dengan lutut di hadapan menandakan sesiapa yang melanggar arahan akan ditendang ala-ala muay thai siam.

rambutnya terpacak di hadapan menandakan beliau ada keturunan mohawk, iaitu red indian di amerika syarikat. ini terserlah melalui mata sepet dan senyum senget maharani kecil ini. kerusi khas diperbuat daripada kulit pokok mangga rumah sebelah dijadikan tempat bersemayam sang maharani kecil.

apabila meningkat usia, maharani pergi mengembara ke dunia luar dan menyamar menjadi penari seposen. walaupun korang memberinya seratus ringgit sekalipun, beliau tetap meminta seposen pula. kerana dia sudah terbiasa memberi arahan selaku maharani semasa kecil, beliau menganggap orang yang membayar lebih daripada seposen sebagai tidak mendengar arahan dan mendenda mereka untuk menari bersama-sama sambil menjerit "seposenlah! seposenlah!" dan mengepak-ngepakkan tangan seperti ayam sedang berlari riang.

bobo juga sudah didenda oleh maharani kecil yang menyamar sebagai penari seposen, kerana bobo menghulurkan duit lima posen. bobo sudah tertukar watak maharani kecil dengan aisah lima posen yang glamor di astro ria sewaktu ketika dulu. ini menyebabkan bobo menjadi fobia dengan syiling seposen dan lima posen. tetapi syiling dua posen tetap dikumpulnya, kata bobo boleh dijadikan mas kawen untuk isteri kedua.

siapakah maharani kecil yang menyamar sambil menari-nari tarian seposen nih?

tolong ek? tolong bobo cari identiti saper ni?? dia dah penat mengira sambil menari tarian seposen ni... tak lalu katanya...


1 ulasan:

mashimaro comel berkata...

daulat tuanku maharani!!!!