BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Photobucket

Pok Pek Dengan GSK

Ahad, Julai 12, 2009

model iklan susu



minumlah susu supaya sihat dan kuat!



tengok.. semakin kuat! rambut pun lebat!

wah!!!! bobo ternganga mulutnya apabila melihat model iklan susu ini. daripada botak tak berambut, kesan daripada minum susu formula yang dicipta oleh doktor pakar susu sedunia yang duduk di afrika selatan, adik beradik dgn bandar tasik selatan berjaya menumbuhkan rambut kepada model ini.

lihat saja gambar kedua! model tersebut berjaya menjadi seorang yang gagah perkasa. tangannya digenggam untuk menyaingi hero berambut ala2 padayappa dan jugak menyaingi seorang lagi yang bukan padayappa. susu yang diminum mempunyai pelbagai zat termasuk zat besi menyebabkan penumbuknya berat ibarat besi, yang mampu melemahkan robot besi terminator.

bobo menepuk tangan dengan kuat sekali. bobo bertanya pada model tu... "mana nak dapat susu tu ek?"

jawab model tersebut... "biarlah rahsia"

bobo menggaru-garu bulunya yang tidak gatal. kepalanya diketuk oleh bobo pink yang menyampah tengok perangai bobo yang tak paham2.

"itu maksudnya siti nurhaliza." kata bobo pink yang bijak sikit dari bobo. yelah, bobo sekolah sampai darjah dua je. bobo pink sekolah sampai darjah dua sepuluh hari, jadi dia bijak 10 hari dari bobo.

kemudian bobo pun bertanya lagi... "apa kaitan siti nurhaliza dengan susu tu?" sekali lagi bobo pink memukul kepala bobo.

"maaflah model... dia nih sekolah tak abes." bobo pink ketawa. model tersebut terus meninggalkan bobo dan bobo pink kerana ada shooting untuk iklan susu yang bakal ditayangkan di negara uganda pula. kali ini dia mengatakan susu tersebut boleh memutihkan kulit yang gelap menjadi putih gebu dan halus mulus.... dengan menyanyi lagu ghazal untuk rabiah, "yang halus yang mulus.... yang lurus yang kudus..."

"aaaaa...." yang sumbang tu suara bobo jadi back up singer.

saper model tu ek??

tolong bobo yer...... dia nak jadi model iklan susu gak...

0 ulasan: