BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Photobucket

Pok Pek Dengan GSK

Selasa, Ogos 18, 2009

mafia susu sedunia

mafia yang lebih hebat daripada samseng kampung dusun sarip dol

adoi.. lama dah tak menjenguk blog. nak tahu kenapa? ni semata2 sbb nak handle kes bobo. bobo mengadu yang dia diugut oleh mafia susu sedunia. mula2 rasa macam tak percaya plak.. tapi biler tengok pic ni... rasa terkejut! mmg ganas mafia susu sedunia ni! dengan tidak berbaju dan hanya bernapkin... posing ala-ala mafia godfather dan menggunakan senjata pistol tangan! iaitu aplikasi daripada jurus kelapan kung fu mafia berserta dengan ilmu kebatinan yang dituntut di kampung seberang laut.

bobo bagitau lagi... sebenarnya mafia ini boleh bertukar2 gaya dan rupa. sekali lagi aku mengetuk kepala bobo kerana suka mengarut. akhirnya terbukti kata2 bobo itu semua benar belaka setelah dia menunjukkan gambar-gambar berikut:



mafia menggayakan aksi menghisap jari (rokok yang dihalimunankan supaya tidak terkantoi oleh ibunya kerana menghisap rokok di bawah umur)




berubah menjadi gadis ayu penari poco-poco dengan pakaian ala cheongsam

pergh...! mafia nih mmg ganas dan mempunyai ilmu yang sangat tinggi! patutlah dia ditakuti oleh samseng-samseng sedunia. samseng kampung dusun sarip dol pun kalah dgn dia. pelbagai hikmat mempertahankan diri, menyamar, dan jugak pandai ilmu selok-belok berlakon supaya dia boleh berubah menjadi orang lain, ala-ala dalam citer mission impossible. tetapi bagi mafia susu sedunia.. tiada yang mustahil!

alamak... tolong wei!! tolong bobo jejaki siapakah dia mafia susu sedunia ni? dah takot sangat bobo ni. kadang2 dgn bobo pink bini dia pun dia takot.. kalau2 tu bukan bini dia.. tapi mafia susu sedunia yang menyamar...

plzz.... tolong bobo ek? sila letakkan komen ada dalam bahagian ulasan.. seperti biasa. alamak.. kena pergi dulu.. nanti mafia susu sedunia tahu plak misi bobo mencari identiti dia.

chow!


0 ulasan: