BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Photobucket

Pok Pek Dengan GSK

Jumaat, September 18, 2009

esok hari raya!


dam dam dum.. bunyi mercun... eh.. boleh ke main mercun ni? bobo ni selamber je seludup mercun daripada sempadan. dia kata dah takleh tahan lagi. nak gak main mercun walaupun bulu-bulu bobo pernah terbakar disebabkan terkena sumbu mercun. mujurlah bukan pada bulu-bulu mukanya. kalo tak... tak hensem bobo nanti. kompem bobo pink tak mo kat dia.

esok hari raya!

bobo dah claim duit raya daripada setiap ahli GSK. bobo cakap.. semua orang kena bagi dia duit raya. tapi dia tak mo duit lima posen nanti akan dicop bobo lima posen, ala2 aisah lima posen. bobo tak mo pakai baju merah macam aisah... jadi dia mintak up skit... singgit je dia mintak. tu minimum katanya... bukan cadmium ataupun air minum.

bobo pink sibuk menganyam ketupat. tu pun dah terbelit2 tangan dia dengan daun kelapa. bobo pink masih ingat nasihat neneknya, perempuan kena pandai anyam ketupat, kalo tak nanti lepas mati perempuan kena hukuman junjung bantal busuk suami masing2. bobo pink takut sangat... dan dia pun tak lalu nak bawak bantal busuk bobo yang ada macam2 peta dunia kat situ.

yeyeye.... esok hari raya! bobo dan bobo pink, serta semua warga GSK mengucapkan selamat hari raya pada semua...

esok hari raya! esok hari raya!

0 ulasan: