BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Photobucket

Pok Pek Dengan GSK

Jumaat, Jun 19, 2009

aus bukan bermaksud dahaga



no ahli: 0016prk

id: ve_end

ini bukan ahli kumpulan ve, jauh sekali adik beradik dgn lah ve yang menyanyi dgn jaclyn victor dalam pertandingan juara lagu untuk ceritera cinta. inilah anak buah patam seluar ketat yang suka dipanggil aus. namun namanya aus itu bukan bermaksud dahagakan air seperti yang disangkakan ramai. aus ini merupakan satu perkataan motivasi berasal daripada sarawak, iaitu 'auk' yang bermaksud 'iya'. jadi aus adalah orang yang mudah mengatakan 'iya' pada sesiapa yang bertanya, walaupun soalan itu berbunyi "kamu datang naik apa?" aus akan terus menjawab "aus..." kemudian baru disambung dengan perkataan lainnya, untuk mengiyakan soalan yang bertanya.

ziela yang bersama dengan aus jugak adalah anak buah patam seluar ketat. gambar ini diambil ketika aus sedang menziarahi bobo yang ditangkap kerana bersalah melarikan diri daripada pegangan patam. sambil2 menziarahi bobo, aus meminta izin supaya bobo mengambil gambarnya bersama dgn ziela. disebabkan bobo melompat dan menari-nari sebelum mengambil gambar, aus tunggu dengan rasa penat sekali, menyebabkan dia senyum senget kerana marahkan bobo mencuri karipap yang digoreng aimi.

itulah kisah aus yang tidak haus dan sentiasa 'auk' saja bila ditanya....

3 ulasan:

aus berkata...

harap2 jangan la ada panggil aus...auk hahaha!!!
teruk je bunyinya..

Tanpa Nama berkata...

ok la tu aus hehehehehe yg penting GSK terus membangun dgn adanya aus

KaMi AdaLah Geng Patam Suar KeTaT... berkata...

auk aus!