BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Photobucket

Pok Pek Dengan GSK

Ahad, Julai 12, 2009

model iklan susu



minumlah susu supaya sihat dan kuat!



tengok.. semakin kuat! rambut pun lebat!

wah!!!! bobo ternganga mulutnya apabila melihat model iklan susu ini. daripada botak tak berambut, kesan daripada minum susu formula yang dicipta oleh doktor pakar susu sedunia yang duduk di afrika selatan, adik beradik dgn bandar tasik selatan berjaya menumbuhkan rambut kepada model ini.

lihat saja gambar kedua! model tersebut berjaya menjadi seorang yang gagah perkasa. tangannya digenggam untuk menyaingi hero berambut ala2 padayappa dan jugak menyaingi seorang lagi yang bukan padayappa. susu yang diminum mempunyai pelbagai zat termasuk zat besi menyebabkan penumbuknya berat ibarat besi, yang mampu melemahkan robot besi terminator.

bobo menepuk tangan dengan kuat sekali. bobo bertanya pada model tu... "mana nak dapat susu tu ek?"

jawab model tersebut... "biarlah rahsia"

bobo menggaru-garu bulunya yang tidak gatal. kepalanya diketuk oleh bobo pink yang menyampah tengok perangai bobo yang tak paham2.

"itu maksudnya siti nurhaliza." kata bobo pink yang bijak sikit dari bobo. yelah, bobo sekolah sampai darjah dua je. bobo pink sekolah sampai darjah dua sepuluh hari, jadi dia bijak 10 hari dari bobo.

kemudian bobo pun bertanya lagi... "apa kaitan siti nurhaliza dengan susu tu?" sekali lagi bobo pink memukul kepala bobo.

"maaflah model... dia nih sekolah tak abes." bobo pink ketawa. model tersebut terus meninggalkan bobo dan bobo pink kerana ada shooting untuk iklan susu yang bakal ditayangkan di negara uganda pula. kali ini dia mengatakan susu tersebut boleh memutihkan kulit yang gelap menjadi putih gebu dan halus mulus.... dengan menyanyi lagu ghazal untuk rabiah, "yang halus yang mulus.... yang lurus yang kudus..."

"aaaaa...." yang sumbang tu suara bobo jadi back up singer.

saper model tu ek??

tolong bobo yer...... dia nak jadi model iklan susu gak...

Jumaat, Julai 10, 2009

bukan padayappa!



amaran! ini bukan padayappa!

bobo mengetuk kepalanya dengan sudu kerana pening kepala melihat gelagat yang sedang meniarap ni. mulutnya cuma sebut. "padayappa... padayappa". bobo ingatkan dia nak tengok filem padayappa. bobo pun mencilok basikal jiran sebelah untuk pergi ke pekan mencari dvd padayappa. apabila bobo balik rumah, bobo pun pasangkan dvd padayappa untuk dia. dia terus marah... "ahhh...heeee.... padayappa" sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

bobo tanya dgn bobo pink, "ni dvd padayappa kan?" dan bobo pink pun cakap, "dia tak paham kot.. sbb translatenyer orang putih. cuba cari yang translate bahasa jerman. sbb dia keturunan orang jerman."

sekali lagi bobo mencilok basikal jiran sebelah tetapi anak jiran itu nampak perbuatan bobo dan membaling batu ke kepala bobo. luka berdarah! bobo cepat2 mencari dvd padayappa dengan terjemahan bahasa jerman.

setibanya di rumah... bobo pasang dvd padayappa dengan terjemahan bahasa jerman. masalahnya, yang meniarap ni terus menjerit dan menggeleng2kan kepalanya.. "padayappa.... haaaa..... hoooo...." bobo semakin takot melihat rupa bengisnya itu. matanya dibulatkan dan nampak macam mahu menelan bobo.

kemudian bobo pun tanya elok2... dan dia masih menjawab... "padayappa.... " dan menggeleng-gelengkan kepalanya. bobo pun telepon penyanyi kumpulan kashmir stone dan mengadu hal yang terjadi. penyanyi yang popular lagu rozana dan jugak kawan baek maniam di funker.fm hanya ketawa melihat bobo.

"dia mau kasitau dia bukan padayappa lah! itu padayappa maksud superstar jugak! dia bukan superstar lah!"

oooooo..... baru bobo paham.... bobo play lagu bukan superstar - project pop. dan akhirnya dia menari-nari girang...

siapa sebenarnya dia ek? berketurunan jerman, berantaikan emas adik-beradik dgn samseng kampung pisang sarip dol, dan suka sangat menjerit.. "padayappa!' sambil menggeleng-gelengkan kepalanya..

tolonglah..

bagi jawapan ek? pening pale bobo nih nak play mp3 banyak kali lagu bukan superstar.....


Khamis, Julai 09, 2009

misteri maharani kecil



bak seposen!

akulah yang bernama maharani!

tunduk semua.... tunduk cepat! ha.. siapakah ini? maharani semasa kecil tetapi masa besar sedikit sudah pandai menari sambil meminta seposen. dengan rantai yang panjang itu menunjukkan darjah kebesaran sang maharani kecil sambil kaki dilipatkan dengan lutut di hadapan menandakan sesiapa yang melanggar arahan akan ditendang ala-ala muay thai siam.

rambutnya terpacak di hadapan menandakan beliau ada keturunan mohawk, iaitu red indian di amerika syarikat. ini terserlah melalui mata sepet dan senyum senget maharani kecil ini. kerusi khas diperbuat daripada kulit pokok mangga rumah sebelah dijadikan tempat bersemayam sang maharani kecil.

apabila meningkat usia, maharani pergi mengembara ke dunia luar dan menyamar menjadi penari seposen. walaupun korang memberinya seratus ringgit sekalipun, beliau tetap meminta seposen pula. kerana dia sudah terbiasa memberi arahan selaku maharani semasa kecil, beliau menganggap orang yang membayar lebih daripada seposen sebagai tidak mendengar arahan dan mendenda mereka untuk menari bersama-sama sambil menjerit "seposenlah! seposenlah!" dan mengepak-ngepakkan tangan seperti ayam sedang berlari riang.

bobo juga sudah didenda oleh maharani kecil yang menyamar sebagai penari seposen, kerana bobo menghulurkan duit lima posen. bobo sudah tertukar watak maharani kecil dengan aisah lima posen yang glamor di astro ria sewaktu ketika dulu. ini menyebabkan bobo menjadi fobia dengan syiling seposen dan lima posen. tetapi syiling dua posen tetap dikumpulnya, kata bobo boleh dijadikan mas kawen untuk isteri kedua.

siapakah maharani kecil yang menyamar sambil menari-nari tarian seposen nih?

tolong ek? tolong bobo cari identiti saper ni?? dia dah penat mengira sambil menari tarian seposen ni... tak lalu katanya...


Rabu, Julai 08, 2009

anak orang lagi satu



eh????



hmmmm....



ooOOooooo



waaa........

ha.. dah2 bobo. ada je akal nak membulatkan mata. eh.. ni anak orang. bukan anak spesis ko bobo... dah2... aku repot kat bini ko, bobo pink baru tau.

ini lagi satu anak orang yang menyerupai anak patung sehinggakan bobo kompius melihatnya. ingin dibuat sebagai anak sedara, tak pun anak tiri bagus gak... tapi apakan daya.. bukan sejenis dgn dia.

ada jugak arca pokok kelapa, bak komen tanpa nama pada post sebelum ni. pernah berkhidmat sebagai askar tambahan yang menyerang dan berperang dengan kanak-kanak pencuri anak patung. disebabkan muka dia ala2 anak patung, orang akan kompius sama ada dia anak patung ataupun anak orang. jadi dia boleh menyusun strategi menyerang dan merampas anak-anak patung yang diseludup daripada rumah-rumah orang kenduri kawen, iaitu ketika mana tuan rumah sibuk mengira duit2 sedekah dari tetamu.

anak ni jugak pernah cuba2 nak masuk oh la la... tapi tak menepati syarat sbb dia lagi suka makan eskrim daripada menari dan menyanyi di atas pentas bersama dengan abang akinya yang menyediakan bulu-bulu ekstra untuk dibuat kostum.

anak siapa ni ek??

dah dah bobo! jangan usha lama2...

sila isikan komen anda di bahagian ulasan, bukannya dengan makan buah pulasan, k? sbb bobo tak mampu menikmati pulasan.

Khamis, Julai 02, 2009

hero berambut ala padayappa!



ah sudah! misteri anak tadi tak tau siapa... datang pula hero berambut ala-ala padayappa. tangannya menggenggam seolah ingin menumbuk perut muncit bobo.

bobo terus kecut perut dan menyorok di belakang bininya, bobo pink. dengan gagah hero ini berjalan ke arah bobo dan bercakap..

"eee... aaaa.... uuuh uuhhh... eee..."

gertak suaranya cukup menakutkan bobo. tambahan rantainya itu merupakan emas tulen bercopkan gengster kampung tempoyak yang sangat terkenal.

saperkah hero ini?

bobo tanya banyak kali...

saper2 dapat tahu tolong post kat bahagian ulasan atas entry ni ek? kalo tak tau tanya kat shoutmix tu... sbb bobo tak pandai baca blog. dia baca ulasan je.. sbb dia ingatkan macam buah pulasan.. sedap dipulas dan dimakan...

Rabu, Julai 01, 2009

anak saper ni????



uik???

"anak saper ni?" tanya bobo sambil menggaru2 idongnya. pening pale nak pk ni....

anak saper ni ek?

yerlah.. tau... mmg anak orang/manusia. takkan anak bobo plak. bini bobo pun dah ilang ke mana entah.... aritu nampak gak bulu2 pink berguguran di taman. agaknyer yuda dah jual bulu2 tu.. duitnya buat sedekah orang miskin kot.

anak saper ni ek?? dia tak pakai suar ketat... sbb tak nampak suarnya tu. tapi dia pakai baju ketat plak... adoi....

leh saper2 tolong jawab tak?

ish... korang cakap kat sana mana leh dengar.... taiplah! taip kat bahagian ulasan ni. ulasan tu pe? adoi... omputihnyer kata 'comment'. letak kat atas tuu!!!!!

ish ish.. anak saper ni... haip! bobo jangan ko nak ngorat. nanti bini ko marah plak. dia tumbuh bulu warna ijo baru tau...! jadi hulk je terus...