BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Photobucket

Pok Pek Dengan GSK

Ahad, Jun 28, 2009

Logo Idaman Hati

aiseh! dah lama bergeng tapi takde logo rasmi lagi??

bobo sudah penat menari-nari keliling padang sebelum warm-up untuk menemani macan melanun... tetapi hampa kerana baju t-shirt yang ditempahnyer dari seberang laut tidak ada logo GSK.

macam mana nih???

bobo dah merajuk nih???

takper2... ni talipon telah pun menghantar surat telegram kerana talipon awam yang selalu disandangnya hilang setelah dicuri oleh kanak-kanak yang sukakan duit syiling. sambil2 mencuri... mereka menyanyikan "lagu 3 kupang". talipon mengejar dan mengatakan duit syiling dalamnya bukan 3 kupang, tetapi kanak-kanak tersebut tetap berdegil dan merampasnya dari talipon.

berikut adalah gambar yang sempat ditampal dalam kertas, kemudiannya dihantar melalui telegram kepada admin blog. admin terpaksalah scan gambar2 itu menggunakan teropong buluh yang dijamin kualitinya.

(a)




(b)

(c)



(d)


(e)



(f)






Logo yang paling sesuai untuk GSK:
a
b
c
d
e
f
grey ugg boots

Jumaat, Jun 19, 2009

antara beberapa darjat..





inilah 3 lapis darjat dalam geng seluar ketat, bukan tiga garis atau tiga line, tetapi tiga darjat dalam seluar ketat patam yang hensem, memikat hati sesiapa yang melihatnya. berikut adalah jajahan takluk geng seluar ketat....

patam - ipoh
kafin - kuala kangsar
macan - klang
mi kari kaw - manjung

talipon - manjung
bad - alor setar
aiman - kuala kangsar
aus - kuala kangsar

opah rappers - puchong
asziela - shah alam

aimi - shah alam
pandot - teluk intan
buchuk - ipoh

dirra - kuala lumpur

ryuda - taiping

pooh - tanjung malim

oh.. sudah tentulah yang teratas adalah patam yang hensem berseluar ketat dan rambut belah tepi. di sebelah kanannya ialah macan sparrow yang melanun menggunakan burung sparrow, moon dan bobo yang telah didenda untuk temankan macan melanun. kiri patam pulak ialah kafin kanser yang memakai helmet untuk keselamatan sebelum diketuk oleh patam kerana gagal memberus kasutnya sampai berkilat untuk dipakaikan bersama seluar ketat patam.

darjat ketiga adalah ahli geng seluar ketat yang tidak mendapat cop sirim melepasi tahap keketatan seluar patam. maka, mereka diletakkan menjadi darjat ketiga, kurang daripada orang kanan patam, macan dan orang kiri patam, kafin. darjat ketiga ini diberikan pada ahli lelaki dan ahli perempuan geng seluar ketat.

ahli lelaki ialah mi kari kaw, talipon 85, aiman.haqimy, bad kbd7043 dan ve_end yang dikenali sebagai aus yang tak pernah haus. mereka semua masih tidak dapat memakai seluar ketat patam yang berwarna hitam, disebabkan darjah ketat seluar patam itu hanya patam saja yang boleh memakainya. kurang sikit daripada ketat itu, dipakai oleh macan dan kafin meskipun ada masalah sedikit di bahagian perut buncit masing-masing kerana selalu menari-nari shuffle tanpa meregangkan otot... yang menyebabkan otot perut mengendur dan membuncit.

ahli perempuan juga tidak larat untuk memakai seluar ketat patam kerana risau akan menampilkan susuk tubuh yang comel ala-ala bobo. lagipun aimi risaukan bulu matanya yang cantik melentik akan gugur disebabkan seluar ketat, seketat seluar patam. maka yang lain bersepakat dengan aimi untuk menolak pelawaan patam memakai seluar ketat, dan perempuan semua berada sebaris dalam darjat ketiga, iaitu aimi eyelashes, ryuda ryu, pandot jembu, opah rappers, asziela, dirra honeybie88, pooh dan ahli bongsu kami, buchuk biella.

aus bukan bermaksud dahaga



no ahli: 0016prk

id: ve_end

ini bukan ahli kumpulan ve, jauh sekali adik beradik dgn lah ve yang menyanyi dgn jaclyn victor dalam pertandingan juara lagu untuk ceritera cinta. inilah anak buah patam seluar ketat yang suka dipanggil aus. namun namanya aus itu bukan bermaksud dahagakan air seperti yang disangkakan ramai. aus ini merupakan satu perkataan motivasi berasal daripada sarawak, iaitu 'auk' yang bermaksud 'iya'. jadi aus adalah orang yang mudah mengatakan 'iya' pada sesiapa yang bertanya, walaupun soalan itu berbunyi "kamu datang naik apa?" aus akan terus menjawab "aus..." kemudian baru disambung dengan perkataan lainnya, untuk mengiyakan soalan yang bertanya.

ziela yang bersama dengan aus jugak adalah anak buah patam seluar ketat. gambar ini diambil ketika aus sedang menziarahi bobo yang ditangkap kerana bersalah melarikan diri daripada pegangan patam. sambil2 menziarahi bobo, aus meminta izin supaya bobo mengambil gambarnya bersama dgn ziela. disebabkan bobo melompat dan menari-nari sebelum mengambil gambar, aus tunggu dengan rasa penat sekali, menyebabkan dia senyum senget kerana marahkan bobo mencuri karipap yang digoreng aimi.

itulah kisah aus yang tidak haus dan sentiasa 'auk' saja bila ditanya....

Rabu, Jun 17, 2009

mi kari kaw..... kau? cow??



no ahli: 0015prk

id: mi_kari_kaw


ini adalah ahli terbaru GSK, mi kari kaw. kenapa kaw? sbb mi ni penuh dengan daging lembu.. di mana dalam bahasa inggeris lembu itu dipanggil cow. disebabkan mi tak mau orang buta bahasa inggeris memanggilnya sebagai 'chow' yang bermaksud 'blah', maka dia menggantikannya dengan ejaan 'kaw'. 'kaw' juga adalah ganti kepada perkataan 'kau' di mana mi bermurah hati berkongsi mi karinya bersama dengan kawan-kawannya, yang dia selalu panggil sebagai 'engkau', pendeknyer 'kau'

yang dipegang oleh mi kari kaw itu bukan bobo, tetapi dua orang anaknya yang comel-comel, bernama sarah dan aneesa. menangeslah lagi si bobo, kerana dia ingatkan itu adalah bobo pempuan, calon untuk dirinya. nyata itu adalah manusia... dan bobo kembali kesunyian.

hari-hari mi kari kaw memakan mi kari kerana itu membuatnya gagah perkasa seperti 'cow' dan bermurah hati untuk berkongsi dgn 'kau' tetapi kalo dimintak lebih2.. akan terkena pula penumbuk betoi2 'kaw'.

selamat datang mi kari kaw menjadi warga GSK. dan bobo.. berterusan lagi menanges ni. haip! dah dah.. esok pergi cari bobo lain plak. macam budak2 nak nanges. dan mi kari kaw, kalo buat mi kari, pastikan banyak 'cow' kat dalam.. baru lazat sehingga menjilat jari-jemari..

Isnin, Jun 15, 2009

geng seluar ketat kembali

buat sesaper yang meminati patam dan anak2 buah seluar ketat... 1001 kemaafan ingin dipohon daripada beg sekolah sehinggalah kepada kasut hitam berkilat ala2 rambut patam.... kerana kami semua sedang mengejar bobo yang telah melarikan diri sebelum ditangkap dan dibungkus dengan rapi di pajam... dan sekarang telah kembali kepada tuannya semula.

walaupun bobo telah melakukan rebonding, kami tetap mengejar dan cam muka bobo dan dia pun bertukar sekali lagi ala-ala x-men yang boleh menukar wajah... dan bobo telah pun memblondekan seluruh bulu2nya kerana takut dicukur oleh yuda untuk dijual di tokong. apatah lagi talipon sudah bersedia dengan PSP 2ndhand yang dia beli beserta game2 cetak rampok yang telah didownload secara haram dan dikenakan saman iaitu dia terpaksa memberus bulu2 bobo selama 10 tahun... disebabkan itu talipon bertekad untuk mengejar bobo.

bobo telah jatuh luka berdarah, menyebabkan seluruh bulunya berlumuran darah berwarna pink dan menitik-nitik sehinggalah bobo tiba di rumah aimi menjadikannya bertukar sekali lagi kerana berlumuran darah pink yang tidak dapat dikawal lagi. sayang seribu kali sayang, bobo terlupa bahawa aimi pemegang lesen terbesar kerana ayahnya merupakan seorang polis, dan dia pula dilantik untuk menjadi polis haiwan menangkap bobo-bobo liar... maka akhirnya bobo berjaya digari dan dibungkus semula.... sebelum diposkan ke klang untuk menemani macan sparrow bersama dengan burung2 merpatinya yang ingin bersama-sama melanunkan diri di selat melaka.

itulah alkisah geng seluar ketat yang telah mendiamkan diri kerana mencari bobo yang melompat dan makan dengan girang sekali. penat berubah wajah sehinggalah akhirnya berjaya diberkas dalam keadaan dirinya sudah bertukar menjadi pink dan ditambat di rumah macan sparrow bersama dgn moon yang berwarna blonde.


bobo setelah ditangkap, didapati bersalah kerana bertukar2

wajah dan melarikan diri daripada pegangan patam


moon yang bersedia untuk menggigit bulu bobo sebagai
hukuman sebelum bersama2 melanun di selat melaka
untuk mencari harta karun di dalam tanah di lautan
pentas sunda