BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Photobucket

Pok Pek Dengan GSK

Ahad, Ogos 30, 2009

sambut merdeka!



merdeka!!! merdeka!!! tepat pukul 12:00 malam... dah bermula tarikh 31 ogos 2009. bobo sedang mengibarkan jalur gemilang dalam bilik bersama dengan bobo pink. tetapi sambil2 dia merdeka tu.. dia nanges gak.. sbb kena tinggal sorang2 kat kajang. haip! dah2 tak mo nanges lagi.

bobo cadangnya nak pergi tengok perarakan macam biasa. tapi bobo pink tak bagi. dia risau nanti bobo menari poco-poco dan berguling-guling atas jalanraya sambil menonton perarakan dan jugak perbarisan kawad daripada wakil pertubuhan dan jugak tentera.

eh? mana bendera? bobo marah rupanya ada orang curi bendera dia kibar kat depan rumah. ish.. saper curi bendera tu agaknyer ye? penat bobo kumpul duit nak beli bendera.

dan bersempena dengan hari kebangsaan ni... bobo mintak blog GSK. bertukar wajah. kali ni tema kaler oren.. sama dengan warna logo rasmi GSK.

jom.. sama2.. sambut.. merdeka.. merdeka!!!!

tanggal.... seluar dan baju.. eh.. silap! sorry2.. tanggal tiga puluh satu... bulan lapan.. lima puluh tujuh... lalala~

Rabu, Ogos 26, 2009

Logo Idaman Hati - keputusannya

oppp... oppp... choopppp!!!!

adoi... baru teringat sesuatu. sempena bulan pose yang penuh berkat ni, bobo ada bagitau tadi. dia ingin mengucapkan salam ramadhan buat pengunjung blog GSK dari serata dunia. dia cakap jangan pose kelawar... tengahari dah seluk seluar.. eh..??? lucas plak bobo... hambik ko! ha.. lebam pale... padan muka dia.

bobo pink bagitau... undian logo idaman hati telah ditutup. dan keputusannya... berikut adalah logo rasmi GSK..

jeng jeng jeng.....
amacam? lawa tak? kalo tak lawa.. salahkan GSK dan pengundi hantu yang lain sbb dia orang pakat2 mengundi logo ini...

okies... sekian saja daripada bobo, bobo pink. salam ramadhan buat semua!!!!

Rabu, Ogos 19, 2009

berjoget bersama lagu tema baru, saykoji - online



wah! GSK ada lagu tema baru? ya..... nak tau pe? jap2... tengah tunggu bobo. ye bobo? oh.. bobo baru je bisikkan tadi... GSK sudah ada lagu tema kedua, yang dinyanyikan oleh penyanyi rap indonesia, saykoji bertajuk online.

bobo cakap lagu ni sesuai untuk dijadikan tema GSK kerana GSK bertemu, melalak, berkaraoke semuanya dalam online. seperti mana bobo yang suka menari-nari dan bejoget bersama dengan bininya, bobo pink pun dalam online.

jadi bersama-samalah dengan GSK berjoget dan berkaraoke riang dengan lagu tema terbaru kami, online. tetapi disebabkan ia ditulis dalam lirik bahasa indonesia, GSK telah mengimport penterjemah yang tidak asing lagi, macan yang melanun dengan burung merpati (sparrow) di mana ia merupakan jawa yang diseludup ke tanah melayu untuk melanun di pesisir pantai selat melaka.

opsss!!!! tidak lupa juga kepada opah rappers yang handal menggabungkan tarian poco-poco dengan safel rappersnya untuk menari-nari menyanyikan lagu2 tema kami.. dan diharapkan lagu2 tema yang rancak ini mampu menguruskan gadis2 dalam geng seluar ketat supaya mampu memakai seluar ketat patam.

jom bobo! online.. online...

Selasa, Ogos 18, 2009

mafia susu sedunia

mafia yang lebih hebat daripada samseng kampung dusun sarip dol

adoi.. lama dah tak menjenguk blog. nak tahu kenapa? ni semata2 sbb nak handle kes bobo. bobo mengadu yang dia diugut oleh mafia susu sedunia. mula2 rasa macam tak percaya plak.. tapi biler tengok pic ni... rasa terkejut! mmg ganas mafia susu sedunia ni! dengan tidak berbaju dan hanya bernapkin... posing ala-ala mafia godfather dan menggunakan senjata pistol tangan! iaitu aplikasi daripada jurus kelapan kung fu mafia berserta dengan ilmu kebatinan yang dituntut di kampung seberang laut.

bobo bagitau lagi... sebenarnya mafia ini boleh bertukar2 gaya dan rupa. sekali lagi aku mengetuk kepala bobo kerana suka mengarut. akhirnya terbukti kata2 bobo itu semua benar belaka setelah dia menunjukkan gambar-gambar berikut:



mafia menggayakan aksi menghisap jari (rokok yang dihalimunankan supaya tidak terkantoi oleh ibunya kerana menghisap rokok di bawah umur)




berubah menjadi gadis ayu penari poco-poco dengan pakaian ala cheongsam

pergh...! mafia nih mmg ganas dan mempunyai ilmu yang sangat tinggi! patutlah dia ditakuti oleh samseng-samseng sedunia. samseng kampung dusun sarip dol pun kalah dgn dia. pelbagai hikmat mempertahankan diri, menyamar, dan jugak pandai ilmu selok-belok berlakon supaya dia boleh berubah menjadi orang lain, ala-ala dalam citer mission impossible. tetapi bagi mafia susu sedunia.. tiada yang mustahil!

alamak... tolong wei!! tolong bobo jejaki siapakah dia mafia susu sedunia ni? dah takot sangat bobo ni. kadang2 dgn bobo pink bini dia pun dia takot.. kalau2 tu bukan bini dia.. tapi mafia susu sedunia yang menyamar...

plzz.... tolong bobo ek? sila letakkan komen ada dalam bahagian ulasan.. seperti biasa. alamak.. kena pergi dulu.. nanti mafia susu sedunia tahu plak misi bobo mencari identiti dia.

chow!